
Brek tak berfungsi, lori langgar empat kereta
SHAH ALAM, 24 Feb – Sebuah lori, dipercayai mengalami masalah brek tidak berfungsi, telah melanggar empat buah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jenjarom, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata insiden yang turut tular di Facebook itu, bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Katanya, lori tersebut yang datang dari arah Banting ke Klang mengalami masalah brek lalu mengelak ke kanan dan terlanggar empat buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat persimpangan Jenjarom.
“Lori itu berjaya dihentikan selepas persimpangan lampu isyarat menghala ke Kampung Jenjarom.
“Kelima-lima pemandu kenderaan yang terlibat telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Nur Hayati Mohd Zubel di talian 013-6444350 atau 03-31872222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEMERDEKAAN BERMAKNA APABILA RAKYAT MELAKA NIKMATI HASIL KEMAJUAN
KLEBANG 31 Ogos - Kemerdekaan hanya benar-benar bermakna apabila hasil pembangunan dapat dinikmati dan dirasai rakyat, kata Ketua Menteri Datuk...
DI MELAKA, KEMERDEKAAN BUKAN SEKADAR BAB SEJARAH – AB RAUF
KLEBANG 31 Ogos - Kemerdekaan bukan sekadar satu bab dalam buku sejarah, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang Melaka sebagai...
30,000 HIDUPKAN AMBANG MERDEKA MELAKA DI KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung membanjiri Dataran 1 Malaysia Klebang malam ini dengan sajian persembahan penuh warna-warni...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA TAMPIL KEISTIMEWAAN, KARNIVAL CIMIC PERTAMA LIBATKAN KAPAL TLDM
KLEBANG 30 Ogos – Melaka mencipta kelainan dalam penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) apabila edisi tahun ini bukan sahaja berlangsung...
CIMIC DEKATKAN RAKYAT DENGAN ‘DUNIA’ PERTAHANAN
KLEBANG 30 Ogos - Penganjuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil Military Cooperation – CIMIC) menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat dengan...
