Buka pejabat cawangan JPJ dan Imigresen di Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 26 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kini dalam perancangan untuk membuka pejabat cawangannya di Masjid Tanah.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pejabat cawangan JPJ itu dicadangkan untuk beroperasi di bangunan Tabung Haji, pekan Masjid Tanah.

Katanya, selepas beroperasi kelak pejabat cawangan itu akan memudahkan lagi orang ramai khusus sekitar Parlimen Masjid Tanah yang mahu berurusan dengan JPJ.

“Tiga hari lalu (Jumaat), saya bersama Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif, Pengarah Tabung Haji Negeri Melaka, Shahidan Taib dan Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Nurul Nabila Razaly mengadakan lawatan untuk meninjau lokasi dicadangkan.

“Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat perancangan dan memerlukan persetujuan peringkat atasan JPJ memandangkan berlaku pertukaran ketua pengarah.

“Namun, saya ingin nyatakan perangkaan dan perancangan ini saya minta untuk disegerakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hameed berkata, selain itu pihaknya turut menerima lawatan daripada pihak wakil Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyatakan hasrat untuk membuka cawangan di Masjid Tanah.

“Selain JPJ, Imegresen juga memanjangkan hasrat untuk membuka pejabat cawangan mereka. Namun perkara itu masih diperingkat cadangan dan tiada lawatan ke lokasi pilihan lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4869
Kongsi :
Previous post Pelajar SMK Tun Syed Zahiruddin memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu
Next post Tebus kegagalan, raih 7A dalam SPM
Ubah saiz-+=