Sorting by

×

BUKAN SEKADAR BERSALAMAN, KETUA MENTERI TURUN BAWA SINAR UNTUK ORANG BEMBAN

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

BEMBAN 9 Julai – Sebanyak 48 daripada 69 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban telah berjaya diselesaikan, manakala baki aduan yang masih berbangkit terus dipantau bagi memastikan tindakan susulan dilaksanakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kehadiran beliau ke Bemban menerusi siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sekadar bertemu dan beramah mesra dengan penduduk, sebaliknya bagi melihat sendiri perkembangan setiap aduan yang dibangkitkan rakyat.

Menurut beliau, pendekatan turun padang itu penting bagi memastikan setiap suara, keluhan dan harapan rakyat diterjemahkan kepada tindakan yang nyata.

“Sebab itulah, kehadiran saya di Bemban melalui Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat ini bukan sekadar untuk bertemu dan bersalaman dengan rakyat.

“Lebih daripada itu, saya mahu melihat sendiri perkembangan 69 aduan yang sedang giat diambil tindakan, meneliti perkara-perkara yang masih berbangkit dan memastikan setiap suara, keluhan serta harapan rakyat benar-benar diterjemahkan kepada tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Padang Awam Taman Maju, Jasin, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Turut bersama, Penyelaras DUN Bemban Mohd Raziff Yakop; Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron serta lain-lain kenamaan.

Ab Rauf berkata, sebanyak 80 peratus aduan warga Bemban yang berjaya diselesaikan, membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap permasalahan rakyat benar-benar diterjemahkan kepada tindakan.

“Inilah yang saya mahu pastikan melalui jelajah ini, setiap aduan mesti ada susulan, setiap isu mesti ada tindakan dan setiap keluhan rakyat mesti terus dipantau sehingga selesai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post BUDAYA KERJA DI MELAKA JELAS, KERAJAAN TIDAK HANYA TUNGGU DI PEJABAT – KM
Next post BANJIR LUBUK KASAU: RM800,000 DISALUR, TOK RAUF TERUS IKHTIAR NOKTAHKAN BEBAN PENDUDUK