Buku Didik Smart A+ terbukti berkesan bantu pelajar SPM

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

LENDU 12 Feb – kompilasi latihan dan teknik menjawab soalan menerusi sisipan Didik Smart A+ Akhbar Melaka Hari ini (MHI) diakui mengikuti kriteria semasa dalam format baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, Normah Adam berkata, keberkesanan sisipan Didik Smart A+ juga terbukti apabila 100 peratus calon SPM sekolah itu mencapai keputusan lulus Bahasa Melayu pada tahun lalu.

“Selain itu Sejarah iaitu subjek wajib lulus juga menunjukkan peratusan memberangsangkan, daripada 200 calon SPM tahun lalu hanya tiga orang sahaja yang gagal. Peratus kami di peringkat negeri Melaka adalah 98.5 pertatus yang lulus.

“Saya harap menerusi inisiatif akhbar MHI dan sumbangan kerajaan negeri peratusan lulus meningkat untuk SPM kali ini dan pelajar memperoleh keputusan cemerlang.

“Alhamdulillah Buku Didik Smart A+ banyak membantu kerana guru dan pelajar tidak boleh bersemuka sedangkan SPM tidak lama lagi. Calon boleh datang ke sekolah dan kita dapat membuat ulangkaji latih tubi kepada semua anak didik kita,” katanya.

Terdahulu beliau menerima sumbangan buku berkenaan yang diserahkan Ketua Menteri yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu (ADUN) Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Kompleks Japerun Lendu, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini, Datuk Seri Ab Jalil Hamid, Pengetua SMK Ghafar Baba, SMK Hang Kasturi dan SMK Sungai Udang.

Sementara itu, Pengetua SMK Hang Kasturi, Nor Fai’za Mustafa berkata, buku berkenaan turut menjadi rujukan sampingan bagi guru.

“Set soalan disediakan sangat sesuai dan kita dapati memang menepati seperti apa yang disediakan atau mengikut Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mata pelajaran setiap bahan yang ada itu.

“Mungkin pada akan datang boleh fokus kepada subjek Bahasa Inggeris dan Matematik khusus buat pelajar luar bandar. Ramai dalam kalangan mereka dikesan agak lemah dan kurang menguasai kedua-dua subjek ini,” katanya.

Setiap sekolah menerima 125 naskhah buku latihan dan teknik menjawab soalan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1129
Kongsi :
Previous post Kerajaan teliti keperluan pelaksanaan kerja dari rumah – KSN
Next post Syabas dan tahniah MHI! – Sulaiman
Ubah saiz-+=