
Calon BN Bemban bantu mangsa kemalangan
BEMBAN 11 Nov – Dalam kesibukan menjalankan kempen dari satu lokasi ke satu lokasi, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.24 Bemban, Datuk Koh Chin Han sempat membantu seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan.
Dalam kemalangan itu, wanita berkenaan berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Lalang.
Secara kebetulan, Chin Han yang melalui kawasan tersebut dan memberhentikan kenderaannya dan membantu untuk mengeluarkan kenderaan wanita terbabit daripada longkang dan cuba untuk mententeramkan wanita terbabit.

Insiden menyelamatkan mangsa itu turut dikongsikan dalam hantaran Facebook peribadinya.
“Bila ada yang memerlukan bantuan, kita hulurkan tangan. Tolong-menolong tanpa mengira kaum, inilah semangat Keluarga Malaysia,” tulisnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘HEBAT’ JAMBATAN BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Program Hari Exco Bertemu Rakyat Negeri Melaka (HEBAT) terus membuktikan peranannya sebagai jambatan antara rakyat...
MELAKA REKOD 30,000 BEG DARAH SETAHUN
AYER KEROH 28 Julai - Sebanyak 29,000 hingga 30,000 beg darah berjaya dikumpulkan di Negeri Melaka setiap tahun, sekali gus...
ABSTRAKSI AIR BAWAH TANAH SELESAI ISU TKPM MENGGONG
PAYA RUMPUT 28 Julai - Masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan tanaman di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Menggong, Alor...
MELAKA NEGERI PERTAMA LAKSANA INISIATIF TIANG FIBER GUNA SAMA
TABOH NANING 28 Julai - Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan inisiatif Tiang Fiber Guna Sama yang membolehkan pelbagai penyedia perkhidmatan...
‘JIWA BESAR TOK RAUF BUAT KAMI RASA TIDAK TERSISIH’
PAYA RUMPUT 28 Julai - Kehadiran kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri ke Kampung Bukit Datuk B atau lebih dikenali sebagai Kampung...
MANGSA BANJIR BERSYUKUR KERAJAAN NEGERI PRIHATIN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Bantuan tunai disalurkan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput...
