‘Car free zone’ tumpuan keluarga bersantai

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PAYA RUMPUT 28 Ogos – Kelainan suasana sekitar Banda Hilir, pada minggu kedua pelaksanaan fasa percubaan ‘car fee zone’ Sabtu lalu, dimanfaatkan orang ramai termasuk pelancong untuk bersantai bersama keluarga.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, berdasarkan pemerhatian pelaksanaan bagi minggu kedua mendapat maklum balas lebih positif terutama daripada segi angka kunjungan pelawat.

Rais, tidak menafikan masih ada komen kurang menyenangkan manun ia secara tidak langsung menunjukkan semua, membabitkan orang Melaka dan pelancong luar amat prihatin dengan pembaharuan dilaksanakan.

“Berbanding minggu pertama, kali ini jumlah pengunjung semakin ramai, mereka manfaatkan suasana ditawarkan untuk bersantai dan sebagainya.

“Malah Datuk Bandar sendiri sentiasa memantau, untuk kita lihat bagaimana kawasan itu boleh dimajukan lagi. Seperti minggu lepas kita ada persembahan ‘buskers’ dan beberapa aktiviti lain untuk meraikan pengunjung.

WhatsApp Image 2023-08-28 at 14.03.46
Rais ketika merasmikan pasaraya Cat Supermarket di Taman Paya Rumput.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Pasaraya Kucing Terbesar Cat Cupermarket yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif pasaraya itu Datuk Chew Chert Fong, di Taman Paya Rumput, hari.

Rais berkata, selain mengambil kira setiap komen dan aduan yang diutarakan oleh orang ramai berhubung pelaksanaan fasa percubaan zon bebas kenderaan itu Kerajaan Negeri juga turut bekerjasama dengan pihak polis dalam memastikan lalu lintas berjalan lancar.

“Saya yakin dan percaya setiap komen dan aduan yang diberikan oleh orang ramai akan diambil kira dan ditambah baik dari semasa ke semasa selain ia boleh dibincang bersama malah selaku Exco pihak berkuasa tempatan (PBT), saya sentiasa terbuka kepada perbincangan.

“Saya juga sentiasa memantau dan melihat bagaimana isu jalan raya yang dikatakan sentiasa berada dalam keadaan sesak (dan) untuk itu juga Ketua Menteri meminta pihak polis membantu serta menambah baik keadaan lalu lintas bagi mengelak kesesakan yang teruk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1764
Kongsi :
Previous post Kucing tak dapat, duit simpanan pun lebur lebih RM37,000
Next post Penyelesaian menang-menang antara MPAG, PDTAG dan pemilik tanah
Ubah saiz-+=