Cegah denggi sebelum melarat

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER MOLEK 24 Julai – Taman Paya Dalam, di sini, dipilih menjadi lokasi kempen Komuniti Bersih dan Sihat Ke Arah Pencegahan Penularan Denggi anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Walaupun bukan tersenarai sebagai lokasi panas denggi di Melaka, namun taman itu dipilih bertujuan untuk mengawal penularan wabak denggi di kawasan bukan hotspot.

MBMB dalam kenyataan memaklumkan program itu telah disertai seramai 200 orang terdiri daripada wakil agensi dan penduduk setempat.

Selain membersihkan kawasan persekitaran, MBMB turut mengadakan Program Anda Kitar Kami Bayar bertempat di hadapan Surau Taman Paya Dalam.

Ia diadakan secara serentak bagi menggalakkan masyarakat setempat untuk mengitar semula barangan kitar semula yang kemudiannya akan ditukarkan menjadi duit.

“Jumlah kutipan barangan kitar semula adalah 517.15 kg dengan jumlah keseluruhan belian semula adalah RM 199.55.

“Ia membabitkan 35 kilogram (kg) biodesel (RM 94.50), 199kg fabrik (RM19.90, 115kg barangan 3R (RM33.35) dan 172kg e-waste berjumlah RM51.60,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, program itu telah dirasmikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.

Hadir sama Ketua Ahli Majlis MBMB Abd Razak Abu, Ahli Majlis Kawasan Mohd Fauzi Abu Bakar dan pegawai kanan MBMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

949
Kongsi :
Previous post ‘Tanpa Bergson, JDT is nothing’
Next post Permintaan ke atas minyak sawit Malaysia kekal walaupun Indonesia batal levi eksport
Ubah saiz-+=