‘Tanpa Bergson, JDT is nothing’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KELALAIAN pada minit-minit akhir perlawanan meleburkan impian Melaka United mara ke separuh akhir Piala FA apabila tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Pengendali Melaka United, Asri Ninggal mengakui mereka hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana membenarkan juara lapan kali Liga Super itu melakukan asakan bertali arus dan berjaya menembusi benteng pada saat akhir.

“Apabila bertemu JDT, kita tidak boleh memberi mereka kelebihan ‘set pieces’ terutama sepakan percuma dihadapan gawang atau sepakan sisi.

“Hal ini kerana mereka mempunyai penyerang yang handal seperti Bergson Da Silva dan kalau tiada Bergson malam ini, JDT ‘is nothing’,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dalam aksi itu, JDT terlebih dahulu di depan hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-4 sebelum Sony Norde berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84.

Sedang perlawanan dijangka berakhir seri dan masuk ke masa tambahan, Bergson muncul wira JDT dengan menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan.

Meskipun tewas, Mohd Asri bagaimanapun bangga dan memberikan pujian terhadap prestasi anak buahnya sepanjang perlawanan itu.

Katanya, walaupun ketinggalan pada awal permainan, skuad Hang Tuah berjaya menyerap asakan bertali-arus JDT dan mampu menyaingi skuad Harimau Selatan yang dianggap pasukan pilihan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1343
Kongsi :
Previous post Longkang tersumbat punca air bertakung
Next post Cegah denggi sebelum melarat
Ubah saiz-+=