Cinta Shin Yue kerana Allah

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 5 Jun – Bermula sebagai rakan sekuliah, sejak tujuh tahun lalu, Muhammad Adnan Rahim, 25, bersama pasangan Gan Shin Yue, 25, sepakat untuk mengikat tali percintaan mereka dengan mendirikan rumah tangga.

Mereka antara lima pasangan mualaf yang diijabkabul dan disandingkan dalam Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Saudara Muslim 2023 Anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diadakan di sebuah hotel di Jalan Bendahara, di sini, semalam.

Menurut Muhammad Adnan, pendirian isteri yang sebelum ini ikhlas dan benar-benar ingin mendalami agama Islam membuatkan hatinya tertarik dengan sikap Shin Yue.

“Cinta berputik sejak tiga tahun lalu kerana pendirian dan keikhlasannya yang ikhlas dalam mendalami agama Islam, membuatkan saya tertarik menjadikan dia sebagai isteri.

“Daripada situ hati saya mula bertaut melihat keikhlasannya. Jujurnya saya tidak pernah memaksanya tetapi Allah berikan hidayah buatnya,” katanya.

Sementara itu, Shin Yue mengucapkan syahadah Disember tahun lalu meluahkan rasa syukur atas hari bahagianya itu malah gembira dapat menjalankan pernikahannya mengikut budaya masyarakat Melayu.

“Syukur sangat sebab hari bahagia semua keluarga dapat datang meraikan kami, malah persandingan dijalankan mengikut budaya orang Melayu.

“Perjalanan sebelum hingga ke hari ini sangat mencabar terutama sekali dalam hal mendirikan masjid, sebab kita memang sudah rancang awal namun berkat kesabaran semuanya dipermudahkan sehinggalah ke hari pernikahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3805
Kongsi :
Previous post Stadium Tun Fatimah bakal dilengkapi litar kawalan jauh
Next post Pengiktirafan destinasi mesra Muslim terbaik, bantu promosikan pelancongan Malaysia
Ubah saiz-+=