Stadium Tun Fatimah bakal dilengkapi litar kawalan jauh

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 5 Jun – Pembinaan litar permainan kawalan jauh dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk beriadah di sekitar Stadium Tun Fatimah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, litar berkenaan juga akan digunakan bagi aktiviti ‘push bike’.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, penggunaan litar itu akan disusun mengikut jadual iaitu push bike pada waktu petang manakala malam dijadikan sebagai litar permainan kawalan jauh.

“Aspek pencahayaan juga akan ditambahbaik supaya boleh digunakan pada waktu malam, malah kita akan bangunkan sebuah podium.

“Kita akan angkat perkara ini dan akan selaraskan semua jenis permainan kawalan jauh termasuk dron. Hari ini (semalam) kita diperkenalkan dengan peminat koleksi kenderaan kawalan jauh sekitar Melaka,” katanya.

photo1685872551
GELAGAT pemilik jentera berat kawalan jauh mengendalikan jengkaut miliknya. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyantuni peserta Program Santai Kelab Jentera Berat Kawalan Jauh Melaka di Stadium Tun Fatimah, di sini, semalam.

Katanya, perbincangan juga akan terus dijalankan bersama agensi dan jabatan berkaitan dalam usaha berterusan untuk meningkatkan nilai komersial Stadium Tun Fatimah khusus menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3307
Kongsi :
Previous post Kompleks Sukan Tun Fatimah tarikan baharu TMM2024
Next post Cinta Shin Yue kerana Allah
Ubah saiz-+=