Cipta sabun dari minyak masak terpakai

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KLEBANG 11 Jun – Hanya menggunakan minyak masak terpakai dan beberapa bahan asas, sekumpulan pelajar berjaya mencipta sebuku sabun mandi.

Inovasi mengolah minyak masak terpakai kepada sabun kegunaan harian merupakan antara projek yang disiapkan pelajar lepasan akhir Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Ketua Projek, Muhammad Hafizuddin Zainal Fitri, 24 berkata, minyak terpakai dicampur tiga bahan iaitu air suling, sodium hidroksida dan pewangi sahaja sudah mampu membentuk sebuku sabun.

“Dengan tiga bahan asas ini saja sudah mampu membentuk sabun yang boleh digunakan dalam seharian.

“Sabun yang asalnya dari minyak masak terpakai dicampurkan dengan daun limau purut yang diracik dan kulit lemon ini boleh digunakan untuk kegunaan luar seperti membasuh tangan, pakaia atau pingan mangkuk.

“Biarpun ia tidak diuji secara klinikal dan tidak sesuai digunakan untuk kulit kita, namun ia mampu digunakan untuk kegiatan lain dan ini membantu kita untuk mengurangkan pembuangan minyak masak terpakai di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program 360 Waste Solution dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong. di Taman Bukit Rambai di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin

Ujarnya, Projek akhir dinamakan sebagai ‘Turning Waste Into Wealth: Cooking Oil Recycling’ itu mampu mengubah persepsi dan memberi kesedaran kepada masyarakat bagi menghargai dan mempraktikkan amalan kitar semula khususnya dari rumah.

“Dalam projek ini kita dedahkan ilmu ini secara percuma kepada orang ramai untuk mengetahui prinsip asas membentuk sabun dengan bahan yang mudah.

“Kita harap ia sedikit sebanyak membantu masyarakat di luar sana supaya sedar bahawa bahan kitar semula ini sebenarnya boleh dikomersialkan kalau kena pada tempatnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1712
Kongsi :
Previous post Keluarga petani
Next post Pupuk budaya komuniti sihat
Ubah saiz-+=