COVID-19 : 135 individu Pusat Koreksional Jasin disahkan positif

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

PENGKALAN BATU 22 Dis. – Seramai 135 daripada 706 individu di Pusat Koreksional Jasin (PKJ) disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan dijalankan semalam membabitkan 603 banduan dan 103 kakitangan penjara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, bagaimanapun pihaknya masih menunggu beberapa lagi keputusan saringan individu di PKJ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan (PKPD) diperintahkan di lokasi terbabit bermula hari ini sehingga 14 Januari depan.

Dalam jumlah itu katanya, seramai 41 banduan berisiko rendah dirawat di Pusat Kuarantin Covid-19 Penjara Sungai Udang dan 87 banduan masih dikuarantin di Hospital Melaka.

Manakala, 119 tahanan lain di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Machap Umboo Alor Gajah telah ditempatkan di MAEPS Serdang.

“Beberapa individu telah ditempatkan di penjara Sungai Udang yang juga merupakan Pusat Kuarantin Covid-19 yang berisiko rendah disebabkan kita tidak mampu menampung jumlah keseluruhan di Hospital Melaka.

“Tiada peningkatan kes dalam tempoh dua, tiga hari ini di Penjara Jasin dan kita juga telah membuat saringan serta pengasingan dengan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakam Operasi Hari Krismas (Ops Natal 2020) di sebuah pasar raya di negeri ini.

Terdahulu, penguatkuasaan PKPD telah diperintahkan kerajaan di seluruh kawasan penjara itu selama 14 hari bermula hari ini sehingga 4 Januari depan.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, setakat ini PKJ tidak lagi menerima kemasukan banduan baharu di mana sebelum ini merupakan lokasi transit banduan penjara yang membuat saringan sebelum dihantar ke penjara lain.

“Dalam tempoh ini seramai 25 orang petugas daripada petugas pusat kesihatan Jasin dalm keadaan bersiap siaga selain ia dibantu 35 petugas yang bertugas sepenuhnya pada setiap masa,” katanya.

Views:

2899
Kongsi :
Previous post Tak bagi buka kotak helah jual limau busuk, berkulat.
Next post Bas Singgah-singgah: Tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri – Sulaiman
Ubah saiz-+=