COVID-19: 51 kluster pendidikan dalam tempoh enam hari
KUALA LUMPUR, 21 Jan – Sebanyak 51 kluster atau 66.2 peratus daripada 77 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh 15 Januari hingga 20 Januari 2022 melibatkan institusi pendidikan.
Rekod kluster pendidikan tertinggi dilaporkan pada 19 Januari lepas iaitu 16 kluster daripada 20 kluster baharu yang dikesan, diikuti semalam (20 Januari) sebanyak 11 kluster pendidikan daripada 17 kluster baharu. Pada 18 Januari pula, daripada 17 kluster baharu, 11 adalah kluster pendidikan.
Antara negeri yang melaporkan kluster pendidikan ialah Melaka apabila Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesan penularan COVID-19 di dua buah kolej vokasional iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (76 kes) dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar (11 kes).
Di Sabah, antara kluster pendidikan dikesan iaitu Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan melibatkan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan dan setakat ini 36 kes positif COVID-19 dikesan.
Di Kedah, antara kluster pendidikan yang dilaporkan termasuk Kluster Dah Penyarum (115 kes) dan Kluster Dah Jalan Merbau (52 kes) sementara di Pulau Pinang, Kluster Jalan Sungai Nipah (83 kes).
Sementara itu, kes import Malaysia masih tiga angka dan semalam (20 Januari) sebanyak 522 kes import dilaporkan, terdiri daripada 426 warganegara dan 96 bukan warganegara. Jumlah kes import ini adalah yang tertinggi dilaporkan sejak Malaysia melangkah ke tahun baharu 2022.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WP KL) terus mencatat kes import tertinggi dan semalam sahaja melaporkan sebanyak 274 kes (kes harian baharu 202). Kes import tinggi yang lain sepanjang tempoh Rangkuman ini adalah pada 16 Januari (145 kes), 18 Januari (135 kes) dan 19 Januari (136 kes).
Data kes import KKM untuk seluruh negara bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini adalah seperti berikut:-
15 Jan – 319 kes (216 warganegara; 103 bukan warganegara);
16 Jan – 263 kes (204 warganegara; 59 bukan warganegara);
17 Jan – 180 kes (114 warganegara; 66 bukan warganegara
18 Jan – 274 kes (187 warganegara; 87 bukan warganegara);
19 Jan – 239 kes (175 warganegara; 64 bukan warganegara);
20 Jan – 522 kes (426 warganegara; 96 bukan warganegara).
Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari hingga 20 Januari 2022), hanya sekali kes harian baharu berada di bawah tiga ribu kes iaitu pada 17 Januari iaitu sebanyak 2,342 kes dan angka kes semalam menghampiri empat ribu.
Sehingga pukul 12:00 tengah hari 20 Januari 2022, sebanyak 3,764 lagi kes dlaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,820,927 kes.
Data kes harian baharu KKMÂ bagi tempoh Rangkuman Mingguan ini adalah seperti berikut:-
15 Jan (3,074), 16 Jan (3,010), 17 Jan (2,342), 18 Jan (3,245), 19 Jan (3,229) dan 20 Jan (3,764).
Dengan kes kumulatif sebanyak 2,820,927, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (3,324,478 kes) dan Afrika Selatan (3,572,860 kes).
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, daripada 3,764 kes harian baharu, hanya 47 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 3,717 kes (98.8 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.
KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).
Sebanyak 3,254 lagi kes sembuh pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh kini sebanyak 2,747,457 kes (97.4 peratus).
Sementara itu, sebanyak 125 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai COVID-19 dan 55 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-
15 Jan (0.99), 16 Jan (1.0), 17 Jan (0.98), 18 Jan (0.99), 19 Jan (1.0) dan 20 Jan (1.0).
Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 20 Jan 2022 ialah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (1.13).Â
R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.
PERKEMBANGAN KES OMICRON, VOC DAN VOI
Sementara itu, KKM melaporkan pada 18 Januari lepas, untuk tempoh 14 Januari hingga 18 Januari 2022, sebanyak 186 kes baharu varian dikesan dan kesemuanya adalah Varian yang Dibimbangi (Variant of Concern / VOC) iaitu varian Omicron (B.1.1.529)
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian yang Mempunyai Kepentingan (Variant of Interest / VOI) adalah sebanyak 6,432 kes.
Daripada jumlah 6,432 itu, sebanyak 6,412 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta, 439 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
Kes VOI pula adalah 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa dan tiga (3) kes varian Eta.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Perincian kes harian baharu (3,764 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59mlm 20 Jan 2022, adalah seperti berikut:-Â (+kes import)
K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 391 (+23), Kedah 231 (+44), Kelantan 349 (+11), Melaka 159 (+8), Negeri Sembilan 180 (+38), Pahang 238 (+6), Perak 118 (+6), Pulau Pinang 219 (+6), Sabah 256, Selangor 796 (+98) dan WP Kuala Lumpur 202 (+274).
Kes harian baharu dua angka – Terengganu 60 (+5), WP Putrajaya 17 (+3), Sarawak 14 dan Perlis 11.
Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 1.
Kes baharu, kes import, kes tempatan
15 Jan – Kes baharu : 3,074 kes (2,805,337 kes kumulatif); Kes import : 319 kes (216 warganegara;
103 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,755 kes [2,625 warganegara (95.3%); 130 bukan
warganegara (4.7%)];
16 Jan – Kes baharu : 3,010 kes (2,808,347 kes kumulatif); Kes import : 263 kes (204 warganegara;
59 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,747 kes [2,634 warganegara (95.9%); 113 bukan
warganegara (4.1%
17 Jan – Kes baharu : 2,342 kes (2,810,689 kes kumulatif); Kes import : 180 kes (114 warganegara;
66 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,162 kes [2,105 warganegara (97.4%); 57 bukan
warganegara (2.6%)];
18 Jan – Kes baharu : 3,245 kes (2,813,934 kes kumulatif); Kes import : 274 kes (187 warganegara;
87 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,971 kes [2,882 warganegara (97.0%); 89 bukan
warganegara (3.0%)];
19 Jan – Kes baharu : 3,229 kes (2,817,163 kes kumulatif); Kes import : 239 kes (175 warganegara;
64 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,990 kes [2,899 warganegara (97.0%); 91 bukan
warganegara (3.0%)];
20 Jan – Kes baharu : 3,764 kes (2,820,927 kes kumulatif); • Kes import : 522 kes (426 warganegara;
96 bukan warganegara); • Kes tempatan : 3,242 kes [3,089 warganegara (95.3%); 153 bukan
warganegara (4.7%)].
Sementara itu, setakat 20 Jan 2022, terdapat sebanyak 214 kluster aktif di Malaysia. Secara keseluruhan sebanyak 6,272 kluster dikesan dan 6,058 daripadanya, ditamatkan.
Berdasarkan data KKM dan COVIDNOW KKM, sebanyak 77 kluster baharu dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari – 20 Januari 2022), berbanding hanya 35 kluster baharu pada Rangkuman Mingguan 7 Januari hingga 14 Januari 2022.
Daripada 77 kluster baharu itu, kluster terbanyak adalah kluster pendidikan iaitu 51 kes (66.2 peratus) diikuti kluster tempat kerja sebanyak 15 kes (19.5 peratus).
Ini berbanding rekod 35 kluster baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama untuk tempoh 8 Januari hingga 14 Januari 2022) dan kluster terbanyak, tempat kerja, 11 (31.4 peratus) dan pendidikan, 8 (22.9 peratus).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
15 Jan (40,785), 16 Jan (41,199), 17 Jan (40,619), 18 Jan (40,761), 19 Jan (41,129) dan 20 Jan (41,617).
PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA
Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-
* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).
Daripada 3,074 kes harian yang dilaporkan pada 15 Jan 2022;
- 30Â kes (1.0 peratus)Â adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,044 kes (99.0 peratus)Â lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada 16 Jan 2022;
- 28Â kes (0.9 peratus)Â adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,982 kes (99.1 peratus)Â lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 2,342 kes harian yang dilaporkan pada 17 Jan 2022;
- 34Â kes (1.5 peratus)Â adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,308 kes (98.5 peratus)Â lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 3,245 kes harian yang dilaporkan pada 18 Jan 2022;
- kes (1.2 peratus)Â adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 3,229 kes harian yang dilaporkan pada 19 Jan 2022;
- 38Â kes (1.2 peratus)Â adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,191 kes (98.8 peratus)Â lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Daripada 3,764 kes harian yang dilaporkan pada 20 Jan 2022;
- 47Â kes (1.2 peratus)Â adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,717 kes (98.8 peratus)Â lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-
15 Jan (2,828), 16 Jan (2,584), 17 Jan (TIADA MAKLUMAT), 18 Jan (3,093), 19 Jan (2,848) dan 20 Jan (3,254).
* kes kumulatif sembuh sehingga 20 Jan 2022 sebanyak 2,747,457 kes (97.4 peratus).
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.
15 Jan – 19 (BID 6), 16 Jan – 12 (BID 0), 17 Jan – 16 (BID 2), 18 Jan – 9 (BID 0), 19 Jan – 13 (BID 3) dan 20 Jan – 22 (BID 5).
*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 20 Jan 2022, sebanyak 31,853 kes.
Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-
* kluster import
15 Jan – 10 (komuniti 2, pendidikan 7 dan import 1);
16 Jan – 7 (tempat kerja 2, komuniti 1, pendidikan 2 dan kumpulan berisiko tinggi 2);
17 Jan – 6 (tempat kerja 1, pendidikan 4 dan import 1);
18 Jan – 17 (tempat kerja 4, keagamaan 1, pendidikan 11 dan kumpulan berisiko tinggi 1);
19 Jan – 20 (tempat kerja 4 dan pendidikan 16);
20 Jan – 17 (tempat kerja 4, pendidikan 11 dan pusat tahanan 1).
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 343,059,726  (Rangkuman Minggu lalu 323,558,817 kes) dengan 5,593,256 kematian (Minggu lalu 5,545,398 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 276,358,155 kes berbanding 265,172,404 kes minggu sebelumnya.
Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 70,262,198 kes (+454,190);
India 38,563,632 kes (+344,859);
Brazil 23,585,243 kes (+164,382);
United Kingdom 15,613,283 kes (+107,364);
Perancis 15,600,647 kes (+ 425,183);
Rusia 10,938,261 kes (+38,850);
Turki 10,736,215 kes (+71,843);
Itali 9,408,188 kes (+188,787);
Sepanyol 8,834,363 kes (+157,447);
Jerman 8,397,328 kes (+134,930).
Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 118 dengan 105,411 kes (+66 kes harian baharu).
Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Laos dan Kampuchea, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.
Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Indonesia di tangga 16 – 4,277,644 kes (+2,116);
Filipina di tangga 20 – 3,324,478 kes (+31,173);
Malaysia di tangga 21 – 2,820.927 kes (+3,764);
Thailand di tangga 26 – 2,353,062 kes (+8,129);
Vietnam di tangga 28 – 2,094,802 kes (+16,715);
Myanmar di tangga 71 – 533,732 kes (+128);
Singapura di tangga 92 – 297,549 kes (+1,472);
Laos di tangga 111 – 128,248 kes (+901);
Kampuchea di tangga 114 – 120,914 kes (+37);
Brunei di tangga 169 – 15,986 kes (+ TIADA MAKLUMAT).
LATAR BELAKANG COVID-19
— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
– Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
– Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.