Sorting by

×

SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 15 Mei – Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional menerusi penganjuran Program Sepetang Warisan Santai @Banda Hilir pada Sabtu ini.

Program anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu akan diadakan di perkarangan Stadthuys bermula jam 2 hingga 6 petang.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, program tersebut merupakan platform memperkenalkan semula permainan sukan rakyat dan kuih-kuih tradisional kepada generasi muda serta pengunjung yang hadir.

“Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk menggamit kehadiran pengunjung dan pelancong ke program ini  antaranya pertandingan sukan rakyat seperti dam aji, sepak raga bulatan, chap teh, congkak dan baling tin.

“Selain itu, turut diadakan pertandingan beca berhias, demonstrasi membuat kuih tradisional serta persembahan kebudayaan bagi memeriahkan lagi suasana,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

B49adf6b e2d6 4d66 8283 43d6f7466709
PROGRAM Sepetang Warisan Santai @Banda Hilir yang dianjurkan MBMB.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, MBMB komited memperkasakan elemen pelancongan bandaraya menerusi penganjuran program berteraskan warisan dan budaya negeri.

Katanya, program seumpama itu  mampu membantu merancakkan sektor pelancongan negeri memandangkan pada tahun ini adalah  Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program ini sambil menikmati pengalaman suasana warisan yang unik di tengah bandaraya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

302
Kongsi :
Previous post MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA