
COVID-19: 7,452 kes baharu hari ini
KUALA LUMPUR 5 Jun – Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas berkurangan sedikit apabila mencatatkan 7,452 kes berbanding 7,748 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam perkongsian di laman sosial Twitter Dr Noor Hisham berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 610,574 kes.
Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 2,509 kes diikuti Kuala Lumpur (678), Negeri Sembilan (843), Sarawak (651), Johor (412), Pulau Pinang (370), Kelantan (312), Pahang (286), Kedah (263) dan Perak (252).
Melaka pula mencatatkan 206 kes, Labuan (205), Terengganu (190), Putrajaya (12) manakala Perlis sebanyak empat kes.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KIOSK ANAK MUDA SERKAM DARAT JADI CONTOH, MPJ RANCANG USAHA NAIK TARAF
SERKAM 2 Julai - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan meneliti keperluan menaik taraf kemudahan dan prasarana di enam kios usahawan...
MAIM SEDIA PERKHIDMATAN VAN JENAZAH PERCUMA, WARIS DINASIHAT ELAK OPERATOR TIDAK BERDAFTAR
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memandang serius mengenai isu 'kartel van jenazah' sedang tular dan...
MELAKA PERUNTUK RM45 JUTA PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi memperkasa pendidikan Islam melibatkan sekolah agama, Tadika Jabatan...
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
