
COVID-19: Empat positif, empat sembuh di Melaka
AYER KEROH 18 Nov. – Empat kes positif COVID-19 direkodkan di Melaka, hari ini membabitkan kluster sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua empat kes baharu itu melibatkan Kluster Berendam yang berpunca daripada penularan dari sebuah kilang di Daerah Melaka Tengah seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Kesemua empat kes baharu itu dari Kluster Berendam hasil saringan kontak rapat yang telah dijalankan.
“Sehingga kini masih terdapat 218 individu masih menunggu keputusan ujian saringan dan menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, empat kes baharu yang direkodkan hari ini melibatkan dua kes dari mukim Batu Berendam dan dua kes lagi dari mukim Rim di Daerah Jasin.
Kes baharu itu melibatkan individu dalam lingkungan usia 18 hingga 55 tahun.
Selain kes baharu, Melaka turut merekodkan empat lagi kes sembuh hari ini menjadikan keseluruhan 48 kes masih dirawat di Hospital Melaka termasuk dua daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).
Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
OMSMC PERKUKUH KEMAHIRAN GP KESAN ‘RED FLAGS’ PESAKIT
KLEBANG 18 Ogos - Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkukuh kemahiran pengamal perubatan am (GP) dalam mengenal pasti tanda...
WRUR TABOH NANING: SEMBILAN HARI BERSAMA RAKYAT
TABOH NANING 18 Ogos - Sebanyak 49 program disusun sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
CIPTA APLIKASI BAHASA INGGERIS, MURID PPKI RANGKUL GELARAN JOHAN
AYER KEROH 18 Ogos - Kesukaran menguasai Bahasa Inggeris mendorong murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Paya...
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...

