
COVID-19: Kluster baharu di Melaka babitkan pelajar Henry Gurney
AYER KEROH 4 Jan. – Melaka merekodkan satu lagi tambahan kluster baharu yang diberi nama Kluster Telok Mas, hari ini.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, kluster itu diisytihar selepas 13 orang kena tuduh (OKT) dari Sekolah Henry Gurney disahkan positif COVID-19, setakat ini.
Secara keseluruhan, Melaka merekodkan 34 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes yang masih dirawat di Hospital Melaka dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) meningkat kepada 492, dengan lima kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Selain Kluster Telok Mas, terdapat tujuh kes direkodkan di mukim Paya Rumput yang merupakan kontak rapat kes Gombak hasil lawatan ke Perak, baru-baru ini.
Selain itu, terdapat empat kes masing-masing direkodkan di mukim Melekek dan Taboh Naning yang juga dikategorikan sebagai kes import B (kes jangkitan dari luar Melaka.
Turut direkodkan lima kes dari saringan kontak rapat kes Ayer Molek, dua kes dari mukim Krubong dan masing-masing satu kes dari mukim Bukit Katil dan Melaka Pindah.
Views:
Related

Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...

