COVID-19: Lagi kematian membabitkan warga emas di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Sebanyak dua lagi kematian akibat COVID-19 membabitkan warga emas dilaporkan di negeri ini, hari ini.

Jabatan Kesihatan negeri menerusi catatan di Facebook rasminya memaklumkan kematian itu melibatkan lelaki berusia 74 dan 68 tahun, masing-masing dari Mukim Umbai, Jasin dan Mukim Bandar Melaka.

Katanya, lelaki dari Umbai itu didapati mempunyai mempunyai latar belakang
penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Kes dikesan positif melalui saringan bergejala, batuk dan demam serta merupakan kontak rapat kes positif iaitu anaknya.

“Kes kedua juga mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta bergejala batuk, demam dan sesak nafas.

“Pesakit tiada kontak kes positif, namun disebabkan gejala kes semakin teruk, dia telah dimasukkan ke hospital,” menurut kenyataan itu.

JKN turut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Dalam pada itu, JKN memaklumkan sebanyak 340 individu dikesan positif wabak itu hari ini dengan 337 kes tempatan dan tiga kes import di ketiga-tiga daerah di negeri ini.

Katanya, daerah Alor Gajah merekodkan kes tertinggi iaitu 161 kes diikuti Melaka Tengah Gajah (128 kes) dan di Jasin (51 kes).

“Terdapat penambahan kluster baru iaitu Kluster Taman Asean 2 dan Kluster Industri Batu 16 Bemban, manakala kes sembuh baharu seramai 200 orang,” katanya.

Menurut JKN lagi, seramai 2,185 pesakit sedang dirawat di hospital termasuk 59 individu di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 menerima bantuan alat pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post Kabinet akan putuskan sama ada jemaah dibenarkan tunai haji
Next post Penjaja rugi dah ‘standby’ beli stok awal
Ubah saiz-+=