
COVID-19: Melaka kesan satu kluster baharu
AYER KEROH 23 Jan. – Melaka merekodkan pertambahan satu kluster baharu semalam iaitu Kluster Serkam Tengah membabitkan 22 kes positif COVID-19 di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia merupakan indeks kes menular di dalam rumah yang didiami ahli keluarga seramai 14 orang.
“Manakala, tiga kes lagi generasi kedua dan lima kes generasi ketiga sekali gus menjadikan kes positif kluster itu seramai 22 individu.
“Kadar jangkitan dijangka tinggi kerana pergerakan kes yang luas dalam komuniti dan bertemu ramai orang,” katanya kepada MHI.
Katanya, pertambahan itu juga berpunca daripada kesedaran yang rendah dalam kalangan komuniti untuk mengamalkan norma baharu.
“Bagaimanapun, setakat ini seramai 100 individu telah disaring.
“Pertambahan kes menjadikan sebanyak 82 kes positif di negeri ini, 18 kes sembuh dan 907 sedang dirawat,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF ‘POSTER BOY’ UMNO-BN – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober – Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri...
JENTERA UMNO DIMINTA BANTU KEMENANGAN RAKAN STRATEGIK
JASIN 23 Oktober – Jentera UMNO diminta memberikan sokongan kepada rakan strategik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
BN MELAKA PERKUKUH GERAK KERJA BERASASKAN KEPERLUAN RAKYAT
PANTAI KUNDOR 23 Oktober- Barisan Nasional (BN) Melaka memberi penekanan kepada pendekatan turun padang dan usaha mengenal pasti keperluan rakyat...
‘BIMBANG DENGAN MUSUH DALAM SELIMUT, BUKAN LAWAN POLITIK’ – AB RAUF
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengingatkan jentera parti supaya...
PANTAI KUNDOR ANTARA KERUSI TUMPUAN PRN MELAKA KE-16
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor antara kerusi tumpuan dalam persaingan antara parti politik pada...
UMUM CALON PENTAS BERBEZA, SEMANGAT BN-PAS TETAP UTUH – AB RAUF
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Meskipun hasrat Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama Pas...
