MTA dan YUHA kumpul bantuan pasca banjir bernilai RM20,000

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 23 Jan. – Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir dan Pasca Covid yang dianjurkan Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) bersama Yayasan Ukhuwah Harmoni (YUHA) berjaya mengumpulkan sumbangan bernilai RM20,000.

Presiden MTA, Madeline Kuah Wey Lee berkata, sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas itu dikumpulkan sejak Selasa lalu dan mendapat perhatian serta kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan badan korporat.

Antara penyumbang misi bantuan berkenaan termasuk Menara Taming Sari, Pusat Perubatan Mahkota, Ukhuwah Travel and Tours, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PSPM) dan Hotel MITC.

“Kita berjaya mengumpulkan wang tunai dan barang keperluan asas bernilai RM20,000 dan bantuan itu akan diserahkan di pusat pengumpulan bantuan di Pekan, Pahang esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

[smartslider3 slider=7]

Mengulas lanjut, Madeline berkata pihaknya sebelum ini menunggu kelulusan daripada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka untuk merentas negeri ke Pahang.

“Selepas mendapat kelulusan, seramai 10 sukarelawan dibenarkan menyalurkan bantuan itu dengan menaiki sebuah bas,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan dimaklumkan oleh wakil kerajaan negeri Pahang mengenai lokasi pengumpulan barang sumbangan itu sebaik tiba di negeri berkenaan.

Views:

371
Kongsi :
Previous post COVID-19: Melaka kesan satu kluster baharu
Next post Peperiksaan utama tidak ditangguh, KPM atur sesi lain bagi calon positif COVID-19, dikuarantin
Ubah saiz-+=