
COVID-19: PKPD di Pusat Koreksional Jasin bermula esok
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Koreksional Jasin selama 14 hari bermula esok, selepas ia diputuskan oleh kerajaan sebentar tadi, menurut sumber portal Berita Harian.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu turut melibatkan kuarters kakitangan Pusat Koreksional Jasin yang mana membabitkan 771 individu terdiri daripada 603 tahanan dan 168 kakitangan serta ahli keluarga mereka.
Katanya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di kawasan berkenaan masih sama seperti diumumkan sebelum ini, antaranya tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga.
“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi semasa peningkatan kes COVID-19 di Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangannya.
“Sehingga 19 Disember lalu, KKM melaksanakan 1,251 ujian saringan termasuk saringan kedua serta ketiga dan sebanyak 133 kes positif COVID-19 direkodkan.
“KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan secara mendadak jangkitan COVID-19 dalam masa yang singkat dalam kalangan tahanan di pusat ini. Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju laksana PKPD di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...
KARNIVAL FALAK TARIK LEBIH 7,000 PENGUNJUNG
TANJUNG BIDARA 14 September - Penganjuran sulung Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 mencatat sambutan memberangsangkan apabila lebih 7,000 pengunjung...

