
COVID-19: SMK Simpang Bekoh ditutup tujuh hari
MELAKA 19 Okt. – Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Jasin diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Oktober susulan terdapat kes jangkitan COVID-19.
Menurut sumber, penutupan sekolah susulan terdapat ibu-bapa pelajar yang disahkan positif virus berkenaan.
“Bagaimanapun, murid ujian calitan terhadap pelajar berkenaan belum mendapat keputusan sama ada positif atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Terdahulu tular di media sosial hari ini surat keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memutuskan bahawa mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sehubungan itu penutupan SMK Simpang Bekoh dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.
Sebelum ini media melaporkan dua buah sekolah di daerah Alor Gajah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang di Masjid Tanah ditutup bermula 15 Oktober selepas dua pelajar disahkan positif COVID-19.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
