
COVID-19: Tiga kluster tamat hari ini
AYER KEROH, 5 Sept – Tiada kluster baharu direkodkan namun tiga daripada 67 kluster di Melaka diisytiharkan tamat hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, dua daripada kluster berkenaan membabitkan penularan di tempat kerja iaitu Kluster Angkasa Nuri dan Kluster Jalan PBR 37.
Katanya, manakala satu lagi kluster membabitkan penularan dalam kalangan komuniti iaitu Kluster Kuala Permai.
“Kluster Angkasa Nuri merekodkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 55 kes manakala Kluster Jalan PBR 38 mencatatkan 57 kes.
“Bagi Kluster Kuala Permai merekodkan sebanyak 67 kes,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka turut memaklumkan sebanyak tujuh kematian pesakit berusia antara 30 hingga 79 tahun direkodkan hari ini.
“Empat kematian di daerah Melaka Tengah, dua di Alor Gajah dan satu di daerah Jasin.
“Lelaki berusia 30 tahun antara paling muda dilaporkan meninggal dunia dan mempunyai sejarah penyakit obesiti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BANTU MASJID TAMBAH PENDAPATAN
SERI NEGERI 29 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan amat penting bagi membantu masjid di negeri ini...
MELAKA MOHON SEMAK SEMULA, TANGGUH CAJ PARKIR HOSPITAL MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memohon pertimbangan semula serta...
MELAKA BERJAYA SELESAIKAN MASALAH LIPUTAN LEMAH DI IPT
SERI NEGERI 29 April - Masalah liputan telekomunikasi lemah yang membelenggu beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini telah...
JAGA SENSITIVITI, TIADA TANAH PERKUBURAN DALAM KAWASAN PERUMAHAN
SERI NEGERI 29 April - Lokasi bagi tanah perkuburan disediakan pemaju projek perumahan baharu di negeri ini disyarakat mesti berada...
KAJIAN MENYELURUH TANGANI KESESAKAN PERSIMPANGAN JALAN KAMPUNG PANTAI
SERI NEGERI 28 April - Kajian menyeluruh akan dijalankan Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menilai keperluan pemasangan...
MASJID DI MELAKA DIGALAK LAKSANAKAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN
SERI NEGERI 29 April - Semua Jawatankuasa masjid di Melaka disyorkan supaya melaksanakan skim khairat kematian bagi melancarkan urusan pengebumian...
