COVID: Dua kluster baharu direkodkan hari ini di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 22 Mei – Melaka merekodkan dua kluster baharu hari ini membabitkan tempat kerja di sebuah kilang dan dalam kalangan keluarga.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menerusi infografik dikongsikan di Facebook rasminya menjelaskan kluster tempat kerja itu adalah Kluster Industri Batu Berendam di Melaka Tengah dan Kluster Taman Kesang Indah di Jasin.

Menurutnya punca jangkitan kes indeks Kluster Industri Batu Berendam masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, jangkitan di dalam kluster ini dikenalpasti merebak di tempat kerja kerana
tidak mematuhi penjarakan sosial semasa melakukan aktiviti bersama.

“Seramai 131 orang pekerja dikenalpasti di kilang terlibat dengan 13 kes positif dan 82 negatif. Baki 36 kes masih menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Kesang Indah ia membabitkan beberapa keluarga terdekat dengan jangkitan dikenal pasti berpunca daripada aktiviti berbuka puasa beramai-ramai,” katanya.

Menurut JKN lagi, kes sehingga ini hanya membabitkan ahli keluarga sahaja.

“Setakat ini jumlah kes positif kluster ini adalah 26 kes, 19 individu negatif dan 11 lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Keseluruhannya 175 kes baharu direkodkan hari ini iaitu 65 kes di Alor Gajah, 75 kes di Melaka Tengah dan 35 kes di Jasin membabitkan 170 kes tempatan dan masing-masing tiga kes import dan dua kes banduan OKT.

Jumlah kes aktif pula 1,244 termasuk 55 di unit rawatan rapi dengan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Kes sembuh baharu 93 kes dan terdapat satu kes kematian membabitkan lelaki berusia 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan hyperkolesterol, menjadikan jumlah kematian setakat ini 38 kes.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post ‘Total lockdown’ beri kesan kepada rakyat teruskan hidup
Next post PKP 3.0 yang diperketatkan beri kesan 1 peratus ke atas KDNK- Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=