
Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa tanah runtuh diteruskan
BATANG KALI, 19 Dis – Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.
Enam anjing unit pengesan (K9) turut mula dibawa masuk ke kawasan pencarian pada 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung pada pagi ini.
Semalam operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 9.30 malam berikutan keadaan cuaca buruk.
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: LEBIH 60 PERATUS ADUAN RAKYAT TANGGA BATU SELESAI
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Sebanyak lebih 60 peratus atau bersamaan 343 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat...
‘RUNDING SECARA BIJAKSANA, BUKAN MELALUI MEDIA SOSIAL’
PAYA RUMPUT 8 Ogos – Semua parti politik yang mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disaran berunding secara...
PAPAZOLA ‘HALAL DI HATIKU’ GAMATKAN MIHF’26
Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad AYER KEROH 8 Ogos – Lebih 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun mengambil bahagian dalam...
MIHF’26 BUKA LALUAN USAHAWAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 8 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform strategik kepada usahawan tempatan dan antarabangsa untuk...
‘BERMODALKAN’ KEMAHIRAN, ANAS BINA EMPAYAR PENYAMAN UDARA
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Bermodalkan kemahiran teknikal dan keberanian mencuba, Muhammad Hanaffi Saleh, 35, atau mesra dengan panggilan Anas...
MANFAAT RAKYAT JADI ‘SCORECARD’ SEBENAR MELAKA
AYER KEROH 8 Ogos - Kejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian di atas kertas...
