
Cubaan seludup keluar 3,304 burung murai kampung gagal

TELOK MAS 28 Jun – Cubaan empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia menyeludup keluar 3, 304 ekor burung murai kampung dipercayai ke Pulau Lupat gagal selepas mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Melaka, awal pagi, semalam.
Kesemua mereka ditahan kira- kira jam 1.45 pagi, selepas pihak PPM menerima maklumat dari Swasla Lumut.
Timbalan Komander PPM W2 Superintendan Noor Azman Jamal berkata, kesemua suspek berusia antara 43 hingga 66 tahun itu ditahan di dalam dua bot berasingan.
Beliau berkata, kedua- dua bot terbabit ditahan oleh anggota bot ronda PSC 30 dan PSC 37 di kawasan perairan Pulau Besar.
“Hasil pemeriksaan dijalankan ke atas bot terbabit kemudian menjumpai 188 raga masing- masing berisi burung murai yang dianggarkan berjumlah RM500, 000.
“Kesemua mereka kemudian dibawa balik ke Markas Tektikal PPM W2 untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut,” katanya.
Noor Azman berkata, dua buah bot gentian kaca serta tiga unit enjin sangkut digunakan suspek yang kesemua bernilai RM137, 000 turut dirampas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 13b Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (MAQIS) dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
UMPAN RM5 DAN MI GORENG, WARGA EMAS DITAHAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 25 Jun – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul dua kanak-kanak perempuan berusia...
MAYAT LELAKI DITEMUKAN DI LEBUHRAYA PLUS, POLIS SIASAT PUNCA KEMATIAN
AYER KEROH 25 Jun – Polis masih menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di Kilometer 198 Lebuhraya...
JELAJAH KETUA MENTERI: SELESAI ISU RAKYAT SECARA TERUS DI LAPANGAN
BEMBAN 25 Jun - Program Jelajah Ketua Menteri bermula 5 Julai depan mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET ANTARABANGSA TAWAR PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD
AYER KEROH 25 Jun – Polis Melaka menumpaskan sindiket pelaburan saham tidak wujud yang menyasarkan mangsa di Korea dan China...
TAMAN REKREASI ANJUNG GAPAM DESTINASI RIADAH BAHARU MPHTJ
BEMBAN 25 Jun - Taman Rekreasi Anjung Gapam diserahkan secara rasmi oleh pihak pemaju kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
NORLINA BERSYUKUR MAIM SENTIASA MEMBANTU
TELOK MAS 25 Jun – Ujian kehilangan anak, pemergian suami serta keperluan menjalani rawatan dialisis tidak mematahkan semangat Norlina Abdullah...

