
MAYAT LELAKI DITEMUKAN DI LEBUHRAYA PLUS, POLIS SIASAT PUNCA KEMATIAN
AYER KEROH 25 Jun – Polis masih menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di Kilometer 198 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Alor Gajah, awal pagi tadi sama ada berpunca daripada kemalangan atau perbuatan jenayah.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata mayat dalam keadaan tidak memakai baju manakala seluarnya terlondeh sedikit ditemukan orang awam kira-kira jam 6.30 pagi.
“Mayat berkenaan telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Kita masih menyiasat sama ada kematian mangsa berpunca akibat kemalangan atau kes bunuh.
“Setakat ini kita masih menunggu keputusan bedah siasat terbabit sebelum dapat menentukan punca sebenar kematian,” katanya demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata identiti mangsa juga masih belum dapat dipastikan berikutan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mayat berkenaan.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga hasil bedah siasat serta siasatan lengkap diperoleh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
