Sorting by

×

JELAJAH KETUA MENTERI: SELESAI ISU RAKYAT SECARA TERUS DI LAPANGAN

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BEMBAN 25 Jun – Program Jelajah Ketua Menteri bermula 5 Julai depan mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri termasuk semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Melaka.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, program tersebut dijangka akan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu rakyat secara terus di lapangan.

“Jadual penuh program jelajah itu masih pada peringkat penyelarasan namun semua Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sudah dimaklumkan selain diminta melakukan persiapan mengikut kawasan DUN serta portfolio masing-masing.

“Jelajah itu nanti akan melibatkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan termasuk semua empat PBT di Melaka kerana kita mahu cuba untuk selesaikan isu dibangkitkan atau permohonan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Bulan Jun 2026 dan Majlis Perasmian Taman Rekreasi Anjung Gapam di Taman Rekreasi Anjung Gapam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron serta kenamaan lain.

Zulkiflee yang juga Adun Taboh Naning berkata jelajah itu nanti akan melibatkan aktiviti seperti program ziarah kasih dan bantuan baik pulih rumah.

“Pendekatan turun padang ini sebenarnya melengkapkan pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) memberikan fokus kepada penyelesaian isu di peringkat akar umbi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

512
Kongsi :
Previous post POLIS MELAKA  TUMPASKAN SINDIKET ANTARABANGSA TAWAR PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD
Next post MAYAT LELAKI DITEMUKAN DI LEBUHRAYA PLUS, POLIS SIASAT PUNCA KEMATIAN