
Daerah Kecil Sungai Rambai dibangunkan semula
AYER KEROH 21 Julai – Kerajaan negeri akan membangunkan semula Daerah Kecil Sungai Rambai di Jasin secara berperingkat selepas pembangunan di kawasan itu tergendala ekoran pertukaran kerajaan.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, segala infrastruktur di kawasan itu sudah siap dibina, selain telah dirasmikan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pemeriksaan yang dijalankan di tempat itu mendapati banyak yang rosak dan sebelum berlaku kerosakan yang lebih banyak dan reput saya lihat Daerah Kecil Sungai Rambai perlu dibangunkan semula.
“Tetapi ianya mesti dibangunkan dalam skala yang berperingkat dan masukkan agensi yang boleh ditempatkan mengikut keperluan penduduk,” katanya.
Menurut beliau, selain Sungai Rambai kerajaan negeri juga bercadang menjadikan Masjid Tanah juga sebagai sebuah Daerah Kecil.
“Apa yang kita buat bukan untuk hari ini, pasti akan berlaku pertambahan penduduk pada masa akan datang,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG PULAU LAHIR 6 WAKIL RAKYAT, TOKOH-TOKOH HEBAT
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan tokoh kepimpinan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan...
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
