Daftar segera, elak petani keciciran terima bantuan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MERLIMAU 23 Mei – Semua petani termasuk mereka mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan di halaman rumah diminta untuk membuat pendaftaran di Pejabat Pertanian Daerah masing-masing dengan segera.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pendafaran amat penting bagi mengelakkan petani berkenaan daripada ketinggalan atau keciciran daripada menerima pelbagai bentuk bantuan disediakan Kerajaan Negeri dan Pusat.

Dr. Muhamad Akmal yakin jumlah petani mengusahakan tanaman pada skala kecil di Melaka ketika ini sudah meningkat, namun tidak ramai yang tampil membuat pendaftaran.

“Jadi kita tidak ada data lengkap mengenai jumlah sebenar petani ini. Berikutan itu sukar untuk kerajaan salurkan bantuan dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berdaftar sahaja.

“Bermula sekarang, semua petani diminta membuat pendaftaran, tidak ada sebarang bayaran dikenakan. Tidak ada syarat yang merumitkan seperti pensijilan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Projek Pembangunan dan Program Pertanian Bandar Peringkat Daerah Jasin Tahun 2024, di Jabatan Pertanian Daerah Jasin, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Lim Kian Chai dan Pegawai Pertanian Daerah Jasin, Nur Hafizah Md Zin.

Terdahulu, Dr. Muhamad Akmal menyampaikan pelbagai jenis insentif berjumlah RM1.011 juta kepada 226 petani sekitar daerah itu.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

198
Kongsi :
Previous post PBT harus peka, proaktif laksana dasar Kerajaan Negeri
Next post Perkasa misi pembangunan eko lestari di Jasin
Ubah saiz-+=