‘Damailah Siti Khadijah di sana…’

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BACHANG 28 Jun – Suasana pilu dan hiba mengiringi pengebumian seorang ibu kepada empat anak, Siti Khadijah Nazri, 33, di Tanah Perkuburan Islam Bachang di sini tengah hari ini.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas hampir sebulan ‘bertarung nyawa’ akibat dijangkiti wabak COVID-19 tahap 4.

Kisah Siti Khadijah menjadi tular apabila portal Melaka Hari Ini menyiarkan rintihan suami arwah, Syarafuddin Ismail, 32, yang merayu orang ramai bersama-sama mendoakan kesejahteraan isterinya hingga mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersimpati.

Syarafuddin bersama-sama mengambus tanah di pusara isterinya.

Sekitar jam 1 tengah hari tadi kelihatan ahli keluarga mula memenuhi tanah perkuburan tersebut bagi menyaksikan pengebumian jenazah Siti Khadijah.

Kehadiran Syarafuddin bersama-anak anak-anak kecil yang duduk bersama menghadap pusara, dengan si bapa sesekali mengesat air mata ketika bacaan talkin nyata meruntun jiwa orang ramai yang berasa hiba.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gelam pada jam 9.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 12.50 tengah hari untuk disemadikan.

Arwah Siti Khadijah meninggalkan suami dan empat anak yang masih kecil berusia 12, 11, 8 dan enam tahun.

Terdahulu MHI melaporkan Allahyarham sempat berkomunikasi buat kali terakhir bersama suami Syarafuddin Ismail, 32 pada 9 Jun sebelum terpaksa ‘ditidurkan’ disebabkan bekalan oksigen dalam dirinya semakin kurang.

Syarafuddin diijabkabulkan bersama isteri pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Fazriq berusia 11 tahun, Muhammad Syafi Khalish (8) dan Nur Syalia Khalilah (6), manakala seorang anak tiri Muhammad Farish Hairie (12).

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tolong doakan isteri saya’

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6768
Kongsi :
Previous post Diskaun bil elektrik bersasar bakal diumum PM dalam masa terdekat
Next post Helikopter TLDM lakukan pendaratan kecemasan di Lumut
Ubah saiz-+=