Dedah ilmu agama kepada pelatih TVET

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PENGKALAN RAMA 9 Disember – Bukan sahaja didedahkan dengan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), bahkan pelatih GIATMARA turut diajar mendalami ilmu agama.

Ia menerusi modul pendidikan Agama yang wajib dipelajari pelatih beragama Islam di institusi pengajian berkenaan.

Baru-baru ini, Badan Perwakilan Pelatih GIATMARA Kota Melaka sesi Julai 2023 telah menganjurkan Kursus Sembelihan dan Pengurusan Jenazah bertempat di Madrasah Kampung Pengkalan Rama Pantai, di sini.

Ketua Badan Perwakilan Pelatih (BPP) GIATMARA Kota Melaka Muhammad Akhbar, 18, berkata, kursus tersebut diatur sebagai salah satu pengisian modul wajib kepada pelatih beragama Islam.

Katanya, kursus berkenaan didedahkan bagi membolehkan pelatih melaksanakan tanggungjawab mereka tidak kiralah untuk ahli keluarga mahupun masyarakat setempat pada masa akan datang.

“Program ini sangat memberi manfaat kerana semua yang terlibat akan di ajar secara teori dan amali bagaimana cara sembelihan dan juga pengurusan jenazah.

“Secara tidak langsung ia memberi impak dan ilmu baharu pengurusan jenazah serta sembelihan kepada para peserta yang terlibat,” katanya.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pengkalam Rama Pantai, Madrasah Pengkalan Rama Pantai serta komuniti setempat.

Program itu membabitkan pelajar dalam kursus komputer dan jahitan.

Img 20231209 Wa0011
ANTARA peserta terlibat pada kursus berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi KRT Pengkalan Rama Pantai, Afham Mohd Sharif menyambut baik penganjuran program berkenaan yang disifatkan perlu diteruskan pada masa akan datang.

Ini kerana, katanya, selain pertambahan ilmu, program itu juga memberi pendedahan kepada peserta agar dapat melaksanakan apa jua program kemasyarakatan bersama-sama komuniti setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

716
Kongsi :
Previous post Melaka pantau prestasi, pencapaian asnaf
Next post Akaun SSPN-i untuk anak asnaf cemerlang
Ubah saiz-+=