Denggi: 93 notis dikeluarkan

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Sebanyak 93 Notis Seksyen 8 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, kepada tuan punya atau penduduk premis setakat Minggu Epidemiologi (ME) 26 berakhir 1 Julai lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pada minggu sama sebanyak 44,338 premis diperiksa dan hasilnya 4,910 dikesan positif menjadi tempat pembiakan.

Jelasnya tuan punya atau penduduk premis menerima notis berkenaan diarahkan untuk menjalankan pembersihan dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, setakat ME 26 sebanyak 498 kes denggi dilaporkan meningkat 252 kes atau naik 102.44 peratus berbanding 246 sahaja bagi tempoh sama 2022.

“Sepanjang tempoh ME 26 pula iaitu dari 25 Jun hingga 1 Julai, sebanyak 21 kes denggi telah didaftarkan berbanding hanya 13 direkodkan pada minggu sama 2022.

“Namun begitu kumulatif kes kematian akibat denggi di Negeri Melaka pada 2023 tiada dilaporkan, begitu juga tahun lalu dengan ‘0’ kematian direkodkan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga ME 26 terdapat 17 wabak dilaporkan di seluruh Negeri Melaka dengan satu wabak masih aktif.

“Lokaliti wabak aktif adalah di Taman Melaka Baru Seksyen 2 dengan kumulatif kes empat dan dijangka tamat pada 8 Julai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1693
Kongsi :
Previous post Suntik semangat pelajar kurang berkemampuan
Next post Anak berubah sikap selepas mendakwa dibuli
Ubah saiz-+=