
Diplomat India boikot upacara Olimpik Musim Sejuk Beijing
NEW DELHI, 3 Feb – Diplomat kanan India akan memboikot upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kerana acara itu “dipolitikkan”, menurut Kementerian Luar India pada Khamis.
“Kuasa usaha Kedutaan India di Beijing tidak akan menghadiri majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing,” kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi dalam satu taklimat media.
Beliau menjawab persoalan mengenai seorang askar China yang terlibat dalam pertempuran dengan India di sempadan Lembah Galwan dipilih sebagai pembawa obor pada temasya itu.
Akhbar tempatan China Global Times sebelum ini melaporkan bahawa Qi Fabao, seorang komander rejimen tentera mengalami kecederaan di kepala dalam pertempuran pada Jun 2020, telah dipilih sebagai pembawa obor ketika larian obor temasya sukan itu pada Rabu.
Bagchi berkata China telah “memilih untuk mempolitikkan” acara itu yang bermula pada Jumaat.
Meskipun India tidak memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, penyertaannya amat terhad dengan peluncur ski Kashmir, Arif Khan merupakan satu-satunya atlet mewakili India pada temasya sukan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN TIDAK JANJI BULAN BINTANG, SERAH RAKYAT NILAI REKOD CEMERLANG
TANJUNG BIDARA 2 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyerahkan kepada rakyat untuk menilai rekod perkhidmatan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh...
PRN MELAKA: GERAK KERJA BN DI TELOK MAS SUDAH BERMULA AWAL
TELOK MAS 1 November - Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
TEKNOLOGI HIBRID BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF MELAKA
TABOH NANING 2 November - Pemasangan dua model kenderaan hibrid baharu di Pegoh menjadi satu lagi perkembangan dalam usaha memperkukuh...
PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR
SUNGAI UDANG 2 November - Pernah menghiburkan masyarakat menerusi alunan Dondang Sayang dan keistimewaan berpantun secara spontan, namun kini seorang...
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
