Diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus bermula Julai

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik di antara lima hingga 40 peratus bagi meringankan beban perbelanjaan rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemberian diskaun itu diberikan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWj) sebulan.

Jelasnya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kWj sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kWj sebulan.

“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dipancarkan secara langsung, hari ini.

Selain pengguna domestik, beliau berkata, diskaun bil elektrik juga akan diberikan kepada sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya membabitkan pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

Justeru, ia menyaksikan diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi sektor-sektor berkenaan akan dilanjutkan tiga bulan lagi bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021

“Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, Kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak 1 bilion ringgit,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

787
Kongsi :
Previous post Ahli Parlimen dapat RM300,000, laksana program bakul makanan di kawasan masing-masing
Next post Golongan miskin, B40 dan M40 layak terima Bantuan Khas COVID-19 mulai Ogos
Ubah saiz-+=