Dondang sayang Melaka pikat orang Itali

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Seni warisan tidak ketara Melaka, dondang sayang berkumandang di bumi Sardegna, Itali sempena International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF).

Persembahan nyanyian dan tarian dondang sayang oleh penggiat seni dari Institut Warisan Melaka (INSWA) itu ternyata berjaya memukau pengunjung pada festival berkenaan.

Acara pembukaan festival di Pentas Teater Assemini, Sardegna 27 Julai lalu itu dimulakan dengan segmen ‘Melaka Is Malaysia’ dengan persembahan lagu dondang sayang yang didendangkan anak jati Melaka, Yasser Fikri Abu dan Miera Murshidah.

Seni warisan Melaka itu sekali lagi menjadi tumpuan pada segmen penutup festival itu dengan alunan lagu Senandung Anak Melaka yang merupakan lagu nyanyian asal Yasser Fikri Abu yang telah dicipta oleh Mohd Fauzi dan lirik oleh Siso Kopratasa.

Senandung Anak Melaka merupakan lagu yang menggambarkan pelancongan di Negeri Melaka seiring dengan tujuan mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pada festival yang berlangsung selama 11 hari bermula 27 Julai itu, INSWA telah membawakan seramai 20 anak seni terdiri daripada sembilan penari, enam pemuzik, dua penyanyi dan tiga orang pegawai pengiring.

IMG_20230728_153359_787
ANTARA penggiat seni dari INSWA yang terlibat pada festival berkenaan.

Selain dondang sayang Melaka, turut dipersembahkan pada festival berkenaan ialah tarian kebudayaan daripada etnik Sabah dan Sarawak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2621
Kongsi :
Previous post Besar makna sepeket beras, sepapan telur
Next post UKM TD 2023 pamer kredibiliti TDM
Ubah saiz-+=