Dr Adham ‘tabik’ petugas barisan hadapan komited urus COVID-19

Masa Membaca:54 Saat

JOHOR BAHRU, 23 Jan. – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memuji khidmat tanpa kenal erti lelah yang disumbang petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan yang sedang berdepan secara langsung dengan pandemik COVID-19.

Menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Adham berkata beliau secara peribadi melihat petugas kesihatan sangat komited dan memberikan khidmat kepada rakyat dengan penuh kasih sayang.

“Mereka juga pantas dan terlatih untuk membuat kerja yang terbaik. Terima kasih saya ucapkan. Pengorbanan anda semua amat besar sekali buat negara ini,” katanya, catatan yang menyusul selepas beliau mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kulai, hari ini.

PETUGAS barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat di Pusat Kesihatan Daerah Kulai, Johor. Foto kredit Facebook KKM.

Beliau meluangkan masa lebih sejam bagi melihat sendiri tahap kesiapsiagaan operasi petugas barisan hadapan KKM yang berkhidmat di pusat kesihatan berkenaan.

Selain petugas KKM, operasi di pusat kesihatan itu turut dibantu pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan lain yang terlibat dalam mengawal pandemik COVID-19 dalam negara.

Views:

347
Kongsi :
Previous post ‘Saya bantu sebab saya pun pernah rasa susah’
Next post ‘Dah boleh cuti, harap ramailah pelanggan’
Ubah saiz-+=