
Dr Mohamad Ainuddin Iskandar Lee dilantik CEO Institut Tun Perak
AYER KEROH 29 April – Mantan Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) berkuatkuasa mulai 2 Mei.
ITP dalam satu kenyataan berkata, Mohamad Ainuddin yang sebelum ini pernah berkhidmat Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa UUM diyakini mampu memacu ITP agar menjadi sebuah badan pemikir bertaraf nasional dan antarabangsa.
Pelantikan beliau telah dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
“Pelantikan ini bakal menjadi titik tolak kepada hasrat ITP untuk menuju ke arah masa depan yang lebih baik.
“Ini disebabkan Badan Pemikir Kerajaan Negeri Melaka ini akan diterajui oleh tokoh akademik yang mahir dalam dasar-dasar kerajaan, pembangunan polisi dan juga pengurusan pentadbiran yang cemerlang.
“Semoga pelantikan ini dapat memacu ITP mencapai segala visi dan misi yang telah dirangka, memperkasa peranannya sebagai agensi badan pemikir Negeri Melaka, dan kompetitif untuk memberikan yang terbaik buat rakyat Melaka terutamanya serta menjayakan sebaiknya Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035),” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
