Dua beradik ‘kantoi’ aktif pecah masuk sekolah

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 20 Feb. – Aktif memecah masuk sekolah sejak tiga tahun lalu, dua beradik akhirnya diberkas dalam tangkapan berasingan, Isnin lalu.

Dua beradik itu kini direman tujuh hari sehingga 22 Februari depan ini membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379 (A) Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, hasil maklumat risikan, kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan di Plaza Tol Ayer Keroh di sini serta di Klang, Selangor.

“Kita menangkap dua beradik yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah sekolah sejak 2018.

“Suspek pertama ditahan di Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 1.20 petang dan susulan tangkapan itu kita menahan abangnya pada pukul 6 petang di Klang, selepas dipercayai turut terlibat dalam jenayah tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, tangkapan itu berjaya menyelesaikan tiga kes pecah sekolah dan satu kes curi kenderaan.

“Hasil soal siasat dijalankan, kita juga menyelesaikan satu kes curi motosikal jenis Yamaha 135LC di Taman Sri Pandan, Johor Bahru.

“Semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pemasang roller shutter dan abangnya, pekerja kilang mempunyai tiga rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

534
Kongsi :
Previous post Pelan tindakan pengurusan, pengendalian vaksin COVID-19 dirangka ATM
Next post Usaha kritikal vaksinasi warga emas atasi kematian COVID-19
Ubah saiz-+=