Dua kementerian teliti negara luar berpotensi untuk skim VTL – Hishammuddin

Masa Membaca:46 Saat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan sedang meneliti negara luar yang berpotensi untuk dimasukkan dalam senarai skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari masa ke masa.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini skim VTL dimanfaatkan antara Malaysia-Singapura, selain Thailand dan Brunei yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“MOFA (Kementerian Luar) telah ditugaskan meneliti senarai negara lain untuk VTL. Mereka ini adalah negara yang kami lihat (untuk skim VTL), bagaimanapun saya bukan dalam kedudukan untuk mengumumkannya,” katanya pada sidang media secara maya selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 hari ini.

Pada 26 Feb, Ismail Sabri berkata kerajaan bercadang mengadakan VTL dengan Thailand sebagai langkah terbaharu memulihkan industri pelancongan negara.

Ismail Sabri turut memaklumkan Indonesia dan Brunei secara dasar juga telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan VTL itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

584
Kongsi :
Previous post PRN Johor: BN komited pacu Johor kembali jadi peneraju utama ekonomi negara
Next post Konflik Rusia-Ukraine: Minyak sawit melonjak
Ubah saiz-+=