
DUA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN KERETA DAN LORI
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata mangsa yang masing-masing berumur 43 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja dinaiki mangsa dari arah Johor Bahru ke Taman Universiti hilang kawalan ketika melalui selekoh dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian belakang lori.
“Pemandu lori yang berumur 38 tahun tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Pegawai Bomba Kanan I Suraini Adnan dalam kenyataan berasingan berkata mangsa yang maut dikenali R Ganesh dan S Parani Kumar. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PARKIR PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN ‘MOOD’ RAYA DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 17 Mac - Inisiatif parkir percuma selama seminggu membabitkan hampir 40,000 petak parkir di bawah pihak berkuasa tempatan...
RAMADAN BAWA KECERIAAN BUAT ANAK ISTIMEWA ALOR GAJAH
REMBIA 17 Mac - Raut ceria jelas kelihatan di wajah 137 pelatih asnaf Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Parlimen Alor...
MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN, DIYAKINI PELABUR
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Nilai pelaburan tertinggi berumlah RM14.68 bilion dalam tempoh 22 tahun direkodkan di Melaka mencerminkan perkembangan...
MeSRa: MELAKA SENTIASA SAYANG ASNAF
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) kebajikan semua golongan terutama asnaf sentiasa diberikan perhatian...
RUMAH PAM BERNILAI RM2.3 JUTA BERI MANFAAT KEPADA 80.9 HEKTAR SAWAH DI KLEBANG
MELAKA, 16 Mac - Projek infrastruktur sokongan pembinaan rumah pam bernilai RM2.3 juta di Kampung Pinang, Batang Tiga, Klebang yang...
MPAG HIDUPKAN RAMADAN, KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA SYAWAL
TABOH NANING 16 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengatur pelbagai aktiviti berunsurkan kebajikan bertujuan menyuntik keceriaan dan berkongsi...

