
Dua pekerja terselamat, lori sampah terbakar
IPOH 22 Mei. – Dua pekerja pembersihan terselamat selepas sebuah lori sampah milik syarikat swasta musnah dalam kebakaran di Jalan Besar Simpang, Taiping kira-kira 60 kilometer dari sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira jam 4.50 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah sebanyak 60 peratus.
“Dua pekerja sedang bertugas mengutip sampah di kawasan tersebut semasa kejadian, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang tidak mendedahkan berkaitan umur dan status kewarganegaraan pekerja tersebut.

Beliau berkata operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi dan punca kejadian masih disiasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TELOK MAS RASAI KASIH SAYANG, TEDUHAN DI BAWAH ‘POHON RENDANG’
TELOK MAS 2 Ogos - Kerajaan Negeri akan terus memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di seluruh negeri diberi perhatian menerusi...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA MESEJ TIADA RAKYAT DILUPAKAN
TELOK MAS 2 Ogos - Kerajaan Negeri menegaskan kejayaan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan diukur berdasarkan jumlah lokasi yang...
MELAKA RIVER CRUISE JADI PRODUK PILIHAN PELANCONG LUAR
DUYONG 2 Ogos - Kesempatan pulang ke kampung sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan digunakan Mohd Azizan Roslan, B40,...
MELAKA AMBIL ADUAN RAKYAT SEBAGAI AKU JANJI, JADI KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB
TELOK MAS 2 Ogos - Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang sedang dilaksanakan di seluruh Melaka merupakan kesinambungan kepada...
‘SENTUHAN KASIH BERSAMA’ BAIK PULIH 5 KEDIAMAN ASNAF DUN TELOK MAS
TELOK MAS 2 Ogos - Lima penduduk terdiri daripada golongan asnaf dan warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok...
MELAKA TERBUKA BENTUK GABUNGAN ‘BN PLUS’ – AB RAUF
TELOK MAS 2 Ogos – Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia meneroka jalinan kerjasama dengan mana-mana parti politik menerusi gabungan yang...
