Dua pemuda cedera kereta dihempap pokok sawit tumbang

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SUNGAI RAMBAI 27 Jun – Dua lelaki cedera selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka dihempap sebatang pokok sawit tua ketika berhenti di bahu jalan di Jalan Parit Sidang Seman di sini, petang tadi.

Kejadian berkenaan tular di Facebook MY Sungai Rambai dengan netizen berkongsi klip video kejadian.

Berdasarkan video yang dikongsikan, menunjukkan pokok setinggi 4.6 meter itu menghempap betul-betul di tengah bumbung kereta itu hingga remuk.

Kelihatan orang awam membantu petugas kesihatan mengeluarkan mangsa sebelum dihantar menjalani rawatan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia.

PIHAK Bomba memotong pokok kelapa sawit tua yang menghempap kereta mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Penolong Pegawai Bomba Mohd Faisal Fuad berkata, kereta itu dinaiki dua lelaki dalam usia lingkungan 30-an tahun.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu pada jam 3.16 petang.

“Sampai di tempat kejadian didapati benar terdapat pokok kelapa sawit tua setinggi 15 kaki (4.6 meter) tumbang menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang berhenti di bahu jalan.

“Sewaktu tiba di lokasi kedua-dua mangsa telahpun dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya kepada MHI.

PIHAK Bomba memotong pokok kelapa sawit tua yang menimpa kereta mangsa.

Jelasnya, pihak bomba telah memotong pokok kelapa sawit tersebut dan memindahkannya ke tepi jalan bagi melancarkan laluan lalu lintas dan selesai sepenuhnya pada jam 3.51 petang.

Sementara itu, adik kepada seorang daripada mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Siti Nur berkata, abangnya, Mohd Musawwir Mohd Saleh, 32, sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Abang saya selesai menjalani imbasan X-ray. Alhamdulillah, dia tidak apa-apa (cedera teruk) dan boleh balik, cuma (keadaan) kawannya saya tidak tahu,” katanya ringkas sambil menambah ketika kejadian kereta itu dipandu abangnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1795
Kongsi :
Previous post Rentas daerah, negeri dalam fasa dua PPN hanya untuk guru, pelajar kelas peperiksaan
Next post Keselamatan siber lengkapi usaha memacu pertumbuhan ekonomi
Ubah saiz-+=