
Dua PPS dibuka di Melaka, 29 mangsa banjir dipindahkan
ALOR GAJAH 12 November – Hujan lebat yang berlaku petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air.
Antara yang terkesan ialah lima kawasan di daerah Alor Gajah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Kamarulsyah Muslim memaklumkan akibat bencana itu, seramai 29 mangsa daripada 10 buah keluarga telah dipindahkan.
Katanya, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada jam 11.45 malam dan 1.00 pagi tadi di Balai Raya Kampung Gadek dan Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal bagi menempatkan mangsa-mangsa berkenaan.
“Setakat ini, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Kuala Sungga Tebong, Kampung Orang Asli Hutan Percha, Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka akan terus melakukan pemantauan berterusan di kawasan terjejas, selain memantau paras air di sungai berhampiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...


