
Dua rentung treler terbakar di Lebuhraya Plus Seremban – Port Dickson
SEREMBAN, 20 Jan – Pemandu dan penumpang sebuah treler rentung akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki terlanggar penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer (km) 259.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, berhampiran susur masuk Plaza Tol Seremban-Port Dickson, dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa yang menaiki treler jenis Volvo membawa muatan biji plastik itu masih belum dapat dikenal pasti.
“Siasatan awal mendapati treler yang dalam perjalanan dari Klang menuju ke Senawang itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan, sebelum melanggar penghadang jalan serta terbakar sepenuhnya. Kesesakan kira-kira 6km berlaku akibat insiden berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat, katanya.
Nanda berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SEJAK HARI PERTAMA DIBERI AMANAH, INILAH CARA KITA BEKERJA’
TANJUNG BIDARA 18 September - Pendekatan turun padang Kerajaan Negeri untuk mendekati rakyat akan terus dilaksanakan meskipun ada pihak yang...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT SEJAHTERAKAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 18 September - Hujan lebat tidak menghalang Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turun padang menyantuni...
TIGA PROGRAM, SATU PRINSIP: KERAJAAN MELAKA SENTIASA DEKAT DENGAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 18 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Rakyat (HEBAT)...
WRUR TANJUNG BIDARA: 30 SUKARELAWAN KUASAI KEMAHIRAN PARAKOM TAHAP 2
TANJUNG BIDARA 18 September - Seramai 30 peserta yang sebelum ini mengikuti latihan Paramedik Komuniti (PARAKOM) Tahap Satu memperkukuh kemahiran...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA LABUH TIRAI PENUH KESYUKURAN, 425 BERSELAWAT ATAS BOT
BANDARAYA MELAKA 18 September - Seramai 425 peserta menyusuri Sungai Melaka menaiki 20 bot Melaka River Cruise sambil mengalunkan selawat...
WRUR TANJUNG BIDARA: MPAG KOMITED PASTIKAN PESISIR PANTAI BERSIH, TERJAGA
TANJUNG BIDARA 18 September - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memastikan kawasan persisiran Pantai Tanjung Bidara di sini berada...
