
Duda maut terjatuh dari tingkat 9 PPR
PAYA RUMPUT 3 April – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa Lim Yew Chang, 45, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di tangan dan muka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di bumbung tingkat dua blok PPR berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang juga seorang duda dan tinggal bersendirian dipercayai terjatuh dari tingkat 9 berikutan kediaman mangsa juga berada di tingkat yang sama.
“Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa turun oleh anggota polis dan bomba sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes masih dalam siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
