Butik Rahmah 4.0 beri ‘sinar’ Aidilfitri kepada golongan B40

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KLEBANG 3 April – Penganjuran Butik Rahmah 4.0 diteruskan pada Ramadan kali ini, dengan matlamat sama iaitu membantu golongan B40 bergaya dengan pakaian baharu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Inisiatif anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar itu kini berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang sepanjang Ramadan.

Bagi ibu kepada lima anak masih bersekolah Noraishah Bee Raja Patal Othman Shah, 42, Butik Rahmah 4.0 amat membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Sejak empat tahun lalu inilah tempat kami mendapatkan baju raya, meskipun percuma pakaian yang disediakan tetap berkualiti dan selesa untuk dipakai.

“Bagi golongan kurang berkemampuan kami amat berharap inisiatif seumpama ini diteruskan lagi pada tahun akan datang,: katanya.

Sementara itu Mohd Azrin Musa, 43, berkata, inisiatif seperti itu dianggap sebagai satu rahmah besar bagi dirinya yang mempunyai tanggungan enam anak kecil.

Mohd Azrin berkata, semua anaknya juga tidak kisah meskipun baju yang disediakan untuk mereka dilabel sebagai pakaian terpakai.

“Sekurang-kurangnya urusan pakaian raya tidak perlu difikirkan lagi. Saya bersyukur dan anak-anak juga gembira, ini juga rezeki daripada Allah,” katanya.

Turut teruja mendapat baju raya percuma adalah Siti Nurain Mohd Yazid, 13,  kehilangan ibu sejak tiga tahun lalu.

“Syukur, saya dapat baju raya empat pasang,seronok kerana tak perlu belanjakan wang. Saya sebolehnya tidak mahu membebankan ibu saudara kerana dia juga perlu menguruskan keperluan anak-anaknya,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1608
Kongsi :
Previous post Duda maut terjatuh dari tingkat 9 PPR
Next post Anwar jawab isu vape, pegawai perubatan kontrak, lawatan ke China di Dewan Rakyat
Ubah saiz-+=