Dulu dipenuhi semak-samun, kini Taman Bachang Baru bersih, indah dan harmoni

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 20 Mac – Muafakat membawa berkat. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai program Gotong-Royong Perdana yang dianjurkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama JAPERUN Pengkalan Batu di Taman Bachang Baru, hari ini.

Kawasan perumahan di tepi sungai itu yang dahulunya dipenuhi semak-samun kini telah bersih dan indah menerusi program yang dilaksanakan seawal jam 7 pagi itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin, program itu telah disertai seramai kira-kira 100 peserta daripada terdiri daripada pelbagai agensi, pemimpin setempat dan penduduk sendiri.

Katanya, menerusi program itu juga, satu slogan kata baharu iaitu ‘Pengkalan Batu Bersih, Indah, Harmoni’ telah dilancarkan dalam misi memupuk budaya menjaga kebersihan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

KALSOM (kiri) bersama Shadan turut membantu dalam gotong-royong berkenaan.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya penduduk dan pemimpin setempat serta agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT), SWM Environment, SWCorp Hang Tuah Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka.

“Diharap program seperti ini akan diperluas di semua kawasan perumahan dan kampung di bawah DUN Pengakalan Batu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman, Setiausaha MPHTJ Rohaya Abdullah, Ahli Majlis dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1154
Kongsi :
Previous post Pelancong dari empat negara jiran dipelawa datang ke Melaka
Next post Mekanisme, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 diumum tidak lama lagi
Ubah saiz-+=