Sorting by

×

Pelancong dari empat negara jiran dipelawa datang ke Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

REMBIA 20 Mac – Pembukaan sempadan negara pada 1 April depan diyakini mampu membawa nilai tambah dalam sektor pelancongan di Melaka, kata EXCO Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Beliau berkata, sektor pelancongan Melaka dari negara jiran akan membawa pulangan dalam negeri ini sekali gus merekodkan peningkatan kemasukan pelancong ke Melaka.

Jelasnya, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand merupakan antara peluang besar Melaka untuk memperkasakan peningkatan ekonomi pelancongan di negeri Ini.

“Maka sebab itulah kita mahu mulakan pelancongan domestik dengan Johor dahulu kerana negeri ini merupakan ‘income earner’ kepada Melaka kerana maksudnya bukan sahaja di sekitar Johor malah di Singapura juga akan dapat merasakan impak menjelang pembukaan sempadan nanti.

“Kita yakin sempadan Malaysia dan Singapura ini akan diutamakan berikutan tahap kesihatannya dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih kurang sama perlaksanaannya dengan Malaysia berbanding negara lain.

“Kita harap Singapura mampu disasarkan terlebih dahulu dan berikutnya pula adalah Brunei dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas hadir merasmikan Program Kayuhan Basikal Gegau Melaka Gegau 2.0 diadakan di Japerun Rembia di sini, pagi tadi.

Sementara itu ujarnya, kerajaan negeri juga turut mengalu-alukan kemasukan pelancong dari Indonesia bagaimanapun beberapa SOP perlu diperhalusi lagi berikutan difahamkan SOP ditetapkan negara republik itu sering berubah-ubah.

“Kita sangat galakkan kemasukan (pelancong) dari Indonesia kerana negara itu berada pada tahap kedua atau ketiga tertinggi kemasukkan pelancongannya ke Melaka.

“Bagaimanapun kita harap pematuhan SOP negara ini perlu dilihat semula kerana kita difahamkan senarai menunggu masuk ke Melaka dari Indonesia sangat tinggi dengan jaminan kiraan konservatif kira-kira sejuta pelancong akan datang ke negeri ini.

“Apabila hasrat ini tercapai ia seiring menuju matlamat kita untuk memperkasa pelancongan antarabangsa ini ke dalam subsektor kesihatan di mana ia juga akan membuka peluang kepada bekalan tenaga buruh yang menggunakan tenaga pelajar yang menjalani latihan industri dalam sektor perhotelan dan hospital di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

654
Kongsi :
Previous post Melaka sasar 2 juta pelancong menjelang September, perkasa inisiatif pertukaran pelancong domestik – EXCO
Next post Dulu dipenuhi semak-samun, kini Taman Bachang Baru bersih, indah dan harmoni
Ubah saiz-+=