Melaka sasar 2 juta pelancong menjelang September, perkasa inisiatif pertukaran pelancong domestik – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

REMBIA 20 Mac – Misi memperkasakan pelancongan domestik akan dipergiatkan bermula dari negeri Johor menjelang suku kedua tahun ini.

EXCO Pelancongan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri telah mengatur sekurangya dua misi dalam tempoh sebulan bagi memperkasa pelancongan domestik yang seiring dalam hasratnya mencapai 5.6 juta kemasukan pelancong pada tahun ini.

Jelasnya, Johor dipilih sebagai negeri pertama bagi melaksanakan misi terbabit diikuti negeri lain dalam tempoh suku kedua tahun ini.

“Pada 25 Mac ini misi pertama kita akan adakan pertemuan dengan sektor pelancongan di Johor di mana sesi pertukaran pelancongan domestik akan dilaksanakan dengan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan 20 syarikat dan agensi pelancongan Melaka bersama penggiat industri di negeri itu.

“Kita bermatlamat untuk membawa pelancong dari Johor ke Melaka sebaiknya dan ia usaha ini seiring juga untuk membawa negeri lain turut melancong ke negeri ini.

“Kita mahukan trafik aliran kemasukan pelancongan domestik di Melaka bergerak secara intensif dalam Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas hadir merasmikan Program Kayuhan Basikal Gegau Melaka Gegau 2.0 diadakan di Japerun Rembia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata menerusi usaha terbabit kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 2 juta kemasukan pelancong dapat dicapai dalam tempoh suku kedua dan ketiga tahun ini.

“Kita akan berusaha sehabis baik, strategi itu kena ada dan kena peka apa yang berlaku.

“Saya harap pada suku kedua dan memasuki suku ketiga akan datang sasaran kita akan tercapai dan jika tidak mustahil sekiranya tiada masalah dan dugaan berlaku dalam pasca pandemik COVID-19 ini Insyallah kita yakin akan capai sasaran 5.6 juta pelancong tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1301
Kongsi :
Previous post Mutu padang turut pengaruhi permainan bola sepak – Tunku Ismail
Next post Pelancong dari empat negara jiran dipelawa datang ke Melaka
Ubah saiz-+=